Harap maaf, blog ini masih dalam proses kemaskini... Warga Pusat Rawatan Ainun Qalbun mengucapkan Selamat Maju Jaya...

KATA--KATA ALUAN






Segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian alam menjadi siang dan malam supaya manusia-manusia yang mengasihinya berzikir dan berfikir akan keesaNya insyallah..
Saya mengucap shukur dan terima kasih kepada admin yang berusaha bersama mewujudkan bloq pusat rawatan islam ainun qalbun yang kini sudah  menjangkau lebih kurang 5 tahun bermula pada 02 mei 2011..Ainun qalbun ditubuhkan di atas satu tujuan untuk membantu dan memulihkan berbagai penyakit yang di alami oleh pesakit secara rohani mahupun fizikal..Ini sahaja bakti dan bantuan dari hasil pembelajaran saya insyallah.. dengan ilmu yang sedikit diberikan oleh allah s.w.t dan pelajaran serta pengalaman lalu yang saya timba dari pengajian islam di maahad al ridwan Telok Medan, Perak bahagian turath pengajian pondok dan hasil pencarian ilmu dengan guru yang saya temui di pondok sekitar kedah secara perseorangan dari guru-guru lama yang pernah belajar di pengajian pondok di kongsi dalam bentuk rawatan islam insyallah..Pada mulanya saya tidak  mahu menjalankan akitiviti rawatan islam pada masyarakat ,pada saya cukuplah sekadar keluarga saya sahaja. Namun begitu dengan kehadiran orang yang tidak di kenali datang ,mencari dan memerlukan khidmat saya insyallah. Untuk menolak amat rasa berat di hati kecil saya ini..Dan ini adalah janji allah, maka saya teruskan membantu mereka,Dan yang kedua ia adalah amanat seorang guru aliran pengajian pondok lama haji Mahmud salleh solihin atau  lebih di kenali singkatan namanya pak leh,Amanah pak leh yang menguatkan dan mengtaukidkan lagi supaya khidmat dan kerja membantu ini perlu di teruskan,Kerana hasil dari firasat dan falaqiahnya, di zaman hari ini dan akan datang, orang yang mempelajari sihir dan khurafat bertambah ramai tetapi untuk mereka yang membantu menyembuhkan itu semakin kurang..Ini berlaku berikutan pegangan ugama yang longgar serta jahil,tiada pengajian dan banyak pengajian ugama pula hanya secara moden ,sesetengah sahaja yang mengajar secara turath ulama dan pengajian lama.Berbanding dengan zaman dahulu, ramai yang hanya suka mencari jalan yang singkat iaitu mempelajari ugama dengan tidak mengambil masa yang lama tapi mengingatinya dan berpegang padanya sampai bila-bila. Hari ini tekanan hidup tinggi, jiwa rasa tidak aman dan  tenteram kerana pegangan tauhid islam tidak ada. Untuk itu, perawatan islam adalah salah satu usaha dan ikhtiar serta kaedah mempositifkan kembali keadaan umat supaya dapat meringankan kesakitan,tekanan,bebanan  dengan tidak memilih rawatan yang berunsur khurafat yang menyalahi syarak.. ..Dan di atas prinsip inilah pak leh  menyuruh saya tetap meneruskan usaha membantu dan merawat umat manusia…insyallah usaha ini akan saya teruskan bukan sahaje merawat penyakit sihir,hysteria tapi saya bersama ainun qalbun juga telah mula memperkenalkan satu gabungan lama,baru dan kaedah berunsur moden. semua ini telah dirujuk dari kitab-kitab perubatan islam dalam Bahasa arab seperti kitab aufaq karangan imam ghazali,ibnu sina ,syeh ahmad Mansur al falaqi dan syeh imam ahmad al buni.Mereka adalah tokoh perawatan islam yang pernah menggemilangkan empayar islam satu ketika dahulu..Insyallah di harap usaha ini mendapat sokongan daripada anda dan moga-moga allah diberkati allah S.W.T..
                                                                                                Hasil nukilan,

                                                                                                Ustaz Rabani Ainun Qalbun..